9/25/2011

D' Santap

* sunday.. Lunch for today. Sedap. Alhamdulillah. Tapi ada yg ckp tak boleh lawan kita punya asam pedas. Memang la. Tu masak kat rumah. Overall memang terbaik. Lokasi d'santap : Jln Genting Klang sebelah Setapak Golf Range..
Harga berpatutan. Sambil makan sambil tengok orang pukul bola golf.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

9/23/2011

Kehilangan..

masa blog ni ditulis genap 15 hari baba pergi. Ya, betul.. 8 September 2011 ( sehari sebelum birthday kita)Mohd Nordin b Ahmad pergi meninggalkan isteri, anak dan cucu buat selama-lamanya... pastinya akan terus terpahat di hati dan fikiran saat-saat terakhir baba menghembuskan nafas terakhir. Kita tidak berada di sisinya. Hanya dapat panggilan baba sakit dada dari kakak. Lepas 10 minit dapat sekali lagi panggilan " Dik, Baba dah takde..." Ya Allah tak tahu nak berikan gambaran yang macam mana bila dapat berita tu.. Apa yang kita tau, hanya kita yang rasai bila kehilangan ibu atau bapa tersayang..

* takde lagi cerita baba pasal sejarah atau politik
* takde lagi kedengaran gelak tawanya
* takde lagi mendengar suaranya..
* tiada lagi capati, teh tarik
* tiada lagi baba tunggu setiap kali kita balik.

Semuanya tiada lagi.. Ya Allah berikanlah kekuatan buat hambaMu.. Sesungguhnya kita sangat-sangat merindui Baba. Ye ba, akan kami jaga mama selagi kami mampu. Tuhan lebih menyayangi Baba. Semoga Baba ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

9/02/2011

Ramadhan 1432H

Assalamualaikum..

Ramadhan dah berlalu tapi kita tetap nak berkongsi sikit cerita yang akan terpahat di sanubari.. Aktiviti wajib setiap kali datang bulan Ramadhan ialah berniaga mencari rezeki lebih.. Of coz kita meniaga baju kurung moden untuk wanita..

Banyak yang kita lalui.. Pelbagai masalah yang dihadapi tetapi berkat kesabaran.. Alhamdulillah.. Kita percaya rezeki itu dari Allah. Apabila rezeki di sebelah sini tiada lagi, insya allah pasti datangnya rezeki di tempat lain..

Macam biasa setiap kali Ramadhan, confirm la tak cukup tido.. Pagi kerja, petang meniaga sampai lewat malm dan esok pagi kerja lagi.. begitulah seterusnya.. Nasib baik juga ada rakan dan sahabat yang sudi tolong cover di saat kite takde d kedai.. Meniaga memang menyeronokkan. Sabar ye.. Mesti nak tengok gambar kan.. Insya allah kita akan upload. Sabar ya..

Jumpa lagi Ramadhan. Kita pasti akan rindu.