12/31/2010

Siti Di Alam Fantasi

First time tengok teater kanak-kanak. Best jugak. Penuh dengan keceriaan dan pengajaran... Tak caya tengok picture kat bawah ni.. Kita sangat enjoy d teater....


Sent via BlackBerry from Maxis

12/23/2010

'Dia' menulis...

Pertemuan pasti ada perpisahan....
Kegembiraan pasti ada kedukaan....

Dua perasaan yang berbeza.. Ya, betul.. bukan mudah untuk hadapi segala masalah dengan tenang. Cakap memang senang selagi tak terkena batang hidung sendiri. Ibarat seorang ayah yang terlalu rindukan anaknya.. Tiada siapa akan faham erti kasih sayang seorang ayah sebab kita tak mungkin berada di tempat ayah.

Begitu juga pada 'dia' yang tidak pernah berkira dengan sesiapa bila melakukan apa saja sehingga sanggup memekakkan telinga bila sahabat menasihatkan supaya lebih berhati-hati dan menjadi lebih tegas bila terasa diri dipergunakan.


'Dia' tetap meneruskan atas dasar ikhlas tanpa rasa dipergunakan. Terus berusaha untuk memajukan diri tanpa menghiraukan sesiapa demi mencari rezeki. 'Dia' tidak mengenal erti letih walaupun hakikatnya tidak mampu untuk meneruskan. Ya, tiada sesiapa yang tahu. Kesiannya 'dia'...

Sehinggalah ke hari ini 'dia' masih berdiri tegak menunjukkan kebanggan terhadap diri sendiri. Wahai peruntuh bangsa, 'dia' tidak sekali gentar malah kerugian kerana percaya apa yang tertulis itu datang dari Allah.

-DIA-

12/19/2010

♥ Opah..

Salam..
Dah lama tak update blog.

Opah..
Boleh kata Opah ni istimewa.
Terlalu banyak yang istimewa. Hatinya mulia.
Pantang bercerita pasal masalah orang padanya, pasti dia ada je jalan untuk menolong. Opah opah..
Mulutnya tak letih bercerita apa saja pengalaman yang pernah dilaluinya..
Bila melihat wajahnya yang tenang, hati tertanya-tanya macam mana kehidupannya dulu.. Sekeliling yang mengenali Opah semuanya bercerita yang baik-baik saja..
Opah, tak sanggup kehilangan Opah.. Belum puas lagi menghabiskan masa bersamanya.. Ya Allah. Berikan kesihatan yang baik buat Opah.
Amin.. Amin Ya Rabbal Alamin..

Sent via BlackBerry from Maxis