12/23/2010

'Dia' menulis...

Pertemuan pasti ada perpisahan....
Kegembiraan pasti ada kedukaan....

Dua perasaan yang berbeza.. Ya, betul.. bukan mudah untuk hadapi segala masalah dengan tenang. Cakap memang senang selagi tak terkena batang hidung sendiri. Ibarat seorang ayah yang terlalu rindukan anaknya.. Tiada siapa akan faham erti kasih sayang seorang ayah sebab kita tak mungkin berada di tempat ayah.

Begitu juga pada 'dia' yang tidak pernah berkira dengan sesiapa bila melakukan apa saja sehingga sanggup memekakkan telinga bila sahabat menasihatkan supaya lebih berhati-hati dan menjadi lebih tegas bila terasa diri dipergunakan.


'Dia' tetap meneruskan atas dasar ikhlas tanpa rasa dipergunakan. Terus berusaha untuk memajukan diri tanpa menghiraukan sesiapa demi mencari rezeki. 'Dia' tidak mengenal erti letih walaupun hakikatnya tidak mampu untuk meneruskan. Ya, tiada sesiapa yang tahu. Kesiannya 'dia'...

Sehinggalah ke hari ini 'dia' masih berdiri tegak menunjukkan kebanggan terhadap diri sendiri. Wahai peruntuh bangsa, 'dia' tidak sekali gentar malah kerugian kerana percaya apa yang tertulis itu datang dari Allah.

-DIA-

No comments:

Post a Comment