11/26/2011

Salam Maal Hijrah 1433H..

~ baca 3 kali pada akhir waktu Asar sebelum tiba waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah..

DOA AKHIR TAHUN

 ~ baca 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharam...

 DOA AWAL TAHUN

Semoga kita berhijrah ke arah yang lebih baik. Insya Allah.

11/25/2011

Terjebak!

eh .. macam free je saya ni.. selain dari berangan untuk jadi millionaire dengan main game Millionaire City, saya dengan ini ingin memberitahu yang saya sangat sangat sangat sangat..... gilakan Nasi Kukus Ilham kat Mutiara Damansara tu..

Sampai berapa hari berturut-turut bole makan nasi kukus.. wah.. sedap sangat. Saya memang suka nasi kukus. Dulu masa keje di jalanan (Skuad Perodua Era) kalau ke KB je confirm hari-hari makan nasi kukus Jaimah. Bole gemuk kan makan ayam hari-hari? tapi...... lantak laaa..

oops! sori.. punyalah sedap sampai saya tak pernah terfikir nak amik picture langsung..

Nak nasi kukus!

I wanna b A Millionaire!

kalau boleh itulah impian.. ngeh ngeh,..

tapi sebelum capai impian tu kena berusaha kan?

angan - angan kena ada..

sekarang berangan jadi millionaire dengan main game Millionaire City...

ape nak jadi ni.. ye saya mengaku.. saya tengah gila main game ni.. buat apartment, villa, coffee house..

lepas tu sewakan.. pastu collect sewa... kayo! kayo!

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit...

Insya allah... usaha tangga kejayaan.

Yang penting kena la kerja kuat sikit ye dok?

Tata ;)

9/25/2011

D' Santap

* sunday.. Lunch for today. Sedap. Alhamdulillah. Tapi ada yg ckp tak boleh lawan kita punya asam pedas. Memang la. Tu masak kat rumah. Overall memang terbaik. Lokasi d'santap : Jln Genting Klang sebelah Setapak Golf Range..
Harga berpatutan. Sambil makan sambil tengok orang pukul bola golf.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

9/23/2011

Kehilangan..

masa blog ni ditulis genap 15 hari baba pergi. Ya, betul.. 8 September 2011 ( sehari sebelum birthday kita)Mohd Nordin b Ahmad pergi meninggalkan isteri, anak dan cucu buat selama-lamanya... pastinya akan terus terpahat di hati dan fikiran saat-saat terakhir baba menghembuskan nafas terakhir. Kita tidak berada di sisinya. Hanya dapat panggilan baba sakit dada dari kakak. Lepas 10 minit dapat sekali lagi panggilan " Dik, Baba dah takde..." Ya Allah tak tahu nak berikan gambaran yang macam mana bila dapat berita tu.. Apa yang kita tau, hanya kita yang rasai bila kehilangan ibu atau bapa tersayang..

* takde lagi cerita baba pasal sejarah atau politik
* takde lagi kedengaran gelak tawanya
* takde lagi mendengar suaranya..
* tiada lagi capati, teh tarik
* tiada lagi baba tunggu setiap kali kita balik.

Semuanya tiada lagi.. Ya Allah berikanlah kekuatan buat hambaMu.. Sesungguhnya kita sangat-sangat merindui Baba. Ye ba, akan kami jaga mama selagi kami mampu. Tuhan lebih menyayangi Baba. Semoga Baba ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

9/02/2011

Ramadhan 1432H

Assalamualaikum..

Ramadhan dah berlalu tapi kita tetap nak berkongsi sikit cerita yang akan terpahat di sanubari.. Aktiviti wajib setiap kali datang bulan Ramadhan ialah berniaga mencari rezeki lebih.. Of coz kita meniaga baju kurung moden untuk wanita..

Banyak yang kita lalui.. Pelbagai masalah yang dihadapi tetapi berkat kesabaran.. Alhamdulillah.. Kita percaya rezeki itu dari Allah. Apabila rezeki di sebelah sini tiada lagi, insya allah pasti datangnya rezeki di tempat lain..

Macam biasa setiap kali Ramadhan, confirm la tak cukup tido.. Pagi kerja, petang meniaga sampai lewat malm dan esok pagi kerja lagi.. begitulah seterusnya.. Nasib baik juga ada rakan dan sahabat yang sudi tolong cover di saat kite takde d kedai.. Meniaga memang menyeronokkan. Sabar ye.. Mesti nak tengok gambar kan.. Insya allah kita akan upload. Sabar ya..

Jumpa lagi Ramadhan. Kita pasti akan rindu.

4/14/2011

Green Lantern Limited Edition

Assalam,

Menurut kata Ezra, pengumpul koleksi ni, Green Lantern ni superhero macam Batman, Superman.. Oooo.. Maklumlah bukan taknak amik tau, tapi minat tak ke arah tu. Tapi bile dengar Ezra story, mmm not bad.. Ezra memang gile sebab sanggup beli benda-benda ni dengan harga yang agak tinggi. Dari ceritanya, koleksi yang paling mahal yang pernah Ezra beli harganya lebih kurang 1k.. Fuhh.. Pic kat bawah adalah koleksi yang latest di beli oleh Ezra.. Wow!

Sent via BlackBerry from Maxis

2/06/2011

Short Vacation.. Bukit Gambang Resort City

yeaahaa..
elo.. Gong Xi Fatt Chai.. seperti yang dah diberitahu, kita memang akan berjalan dan terus berjalan kan.. ye.. kali ni pun cuti yang simple gak.. Destinasinya Bukit Gambang Resort City.. Kat mana tu? hahaha.. Amik je highway Lebuhraya Pantai Timur terus exit Gambang.. 2 jam setengah je dari KL..

So pegi pun dengan geng biasa gak.. so seperti biasa lebih gila lebih daripada biasa.. Perjalanan ok je.. Dalam perjalanan tu tak fikir apa pun, yang ada dalam fikiran 'bila nak sampai ni?'







ehem ehem.. cantik jugak gambar ni.. ooo.. camera baru rupanya.. hahah.. Sampai sudah.. punya lah panas terik.. First time kita sampai sini.. Bayaran untuk dewasa RM21.90, kanak-kanak RM14.90.. Bawah 90cm free U olsss!

Untuk pengetahuan yang membaca blog ni.. masuk je kat dalam waterpark, kite kena gunakan E value ---> untuk kitorg yang first time ni memang la nampak kebodohannya tapi tetap control cun kan? E value maknanya gunakan tag yang pakai di tangan tu untuk sewa tube/pelampung, beli makanan atau minuman, sewa locker tanpa menggunakan cash. So tak payah la bawak cash. Boleh simpan kat locker. Ada bagus dan tak bagus nya jugak tapi kita tetap okay je...


 Best and having fun here.. Memang sangat seronok.






Picture yang kat atas tu sume kite try okay.. mmm... takut jugak tapi seronok.. Lepas settle sume kite check in di Gambang Resort City. Biliknye pun besar dan harga berpatutan. Tempat baru so mesti lah selesa kan.. Dinner of coz di Tanjung Lumpur tapi kali ni try kat Ani Ikan Bakar Petai.. Malangnya selepas bersukaria kita terus sakit.. alaaa jangan la gelak.. So aktiviti malam kita hanyalah makan ubat dan tidur. Sehingga blog ni ditulis kita masih belum sihat. Rasa demam, panas dalam, muntah, pening, sakit badan semuanya ada..

Anyway destinasi kali ini memang sangat memuaskan hati. Jauh dari KL, lupa segala masalah kerja tapi tetap merindui sahabat ku di office sebab masing-masing yang sibuk dengan event dan shift yang berbeza. Next destination? Ada... tapi untuk menempuh destinasi tu, ada banyak lagi perkara yang harus di tempuh beberapa bulan ni.. Contract, adik ku yang akan kahwin .... Doakan semuanya okay ye.. C ya!













1/17/2011

Kak Nita Best!

Assalam..
Today kak nita datang untuk interview. Masa recording, mata kite tak kelip-kelip pandang dia.
Kata kak Nita petua mengekalkan energy dan sentiasa kelihatan muda :
* elak marah. Maknanya ceriakan hari tanpa ada masalah. Masalah yang ada cuba di selesaikan tanpa memikirkannya tanpa hari esok. Susah je bunyinya.. Tapi tak salah nak cuba...
P/S:: mintak2 kita pun macam kak nita bila umur 30 tahun akan datang. Insya allah ;)

Sent via BlackBerry from Maxis

1/16/2011

U-Tough Olympus

Yuhuuu..
Tengok ni..


5m Waterproof
1.5m Shockproof
-10c Freezeproof
14M WIDE 5X IS
HD Movie / HDMI Control
 
 
Mula-mula berangan je, tak sangka sekarang dah ada di tangan. Thanks Ma! Lepas ni boleh bawak ke mana-mana. Yang penting dalam air tu.. Hahah... Target seterusnya, nak mencari accesorries pulak.

Tata, C Ya..


Sejuk Yang Best!

tara...

2011 bermula dengan baik.. Alhamdulillah. Plan tahun 2011 kita nak berjalan sebanyak yang boleh. Insya Allah, semoga tercapai impian tu.. Baru-baru ni kita ke Bukit Tinggi. Saja jalan-jalan.. Perjalanan ke sana okay tapi hujan. Nak sangat ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi. Kali terakhir pergi adalah dalam 10 tahun yang lepas. Sampai je kat Colmar Tropicale kena bayar RM12 setiap seorang untuk daily visit. Kalau stay free je.

Hujan renyai-renyai. Masa sampai tu terus cari restaurant yang simple2 je sebab tak rasa nak makan sangat. Sempat la amik gambar. Makanan memang mahal sikit. Standard la tu kan..

 haa.. ni je yang kita makan kat sini.. Vanilla Latte tetap ada...

 Jom tengok gambar-gambar ni.. 













haha.. seronoknya bercuti. asal kan bercuti je mesti seronok.. tak kisah la mana destinasinya.. kan? Kita kat sini lebih kurang 1 setengah jam, cukup lah tu.. Lepas ni nak ke Genting Highlands pulak. Dah kata nak tenangkan minda dan jiwa yang serabut, so kenalah ke tempat yang sejuk.
Dipendekkan cerita, sampai Genting Highlands je terus check in di First World Hotel. Ramai yang tau, kita ni tak suka sejuk, tapi cuti punya pasal, who cares? Genting Highlands macam-macam ada.. Nak shopping ada, nak main games ada... tapi bab makan yang susah sikit untuk tekak yang macam kita ni.. Balik-balik Starbucks and mamak kat B5.. sejuk jangan cakap la...




 Ramai yang cakap rugi datang Genting tapi tak main outdoor games.. mmmm... untuk kita ni cukuplah sekadar indoor games ya.. Gilos geng yang lain sempat la main flying coaster yang gile takut.. pelik.. tak rasa pening ke berpusing-pusing tu??









 kuey tiaw goreng.. boleh tahan la.. harga RM10.90..

 Sepanjang ada kat Genting, kita just indoor games je. 1 game RM8. Mahal gak. Kalau main banyak games dah berapa dah tu... Tapi okay la.. Seronok.. Naik roller coaster yang kat kat dalam First World Complex pun dah kecut perut inikan nak naik roller coaster kat luar tu... 

Malam. Lepas lepak mamak kat B5. Aktiviti seterusnya tengok live band. Tom perform. Really superb. 
Memang best tengok Tom nyanyi. Walaupun kontroversi yang pernah melanda Tom, kita tetap sokong Tom yang sememangnya berbakat. U go Tom!!








Sekian cerita Genting Highlands. Pastinya tinggal banyak kenangan kat sini. Tak tau bila lagi akan sampai sebab banyak lagi destinasi yang nak di tuju. Ke mana tu?  Tunggu ye.. Doakan semuanya berjalan lancar. Insya Allah.

Tata ;)