2011 bermula dengan baik.. Alhamdulillah. Plan tahun 2011 kita nak berjalan sebanyak yang boleh. Insya Allah, semoga tercapai impian tu.. Baru-baru ni kita ke Bukit Tinggi. Saja jalan-jalan.. Perjalanan ke sana okay tapi hujan. Nak sangat ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi. Kali terakhir pergi adalah dalam 10 tahun yang lepas. Sampai je kat Colmar Tropicale kena bayar RM12 setiap seorang untuk daily visit. Kalau stay free je.
Hujan renyai-renyai. Masa sampai tu terus cari restaurant yang simple2 je sebab tak rasa nak makan sangat. Sempat la amik gambar. Makanan memang mahal sikit. Standard la tu kan..
haa.. ni je yang kita makan kat sini.. Vanilla Latte tetap ada...
Jom tengok gambar-gambar ni..
haha.. seronoknya bercuti. asal kan bercuti je mesti seronok.. tak kisah la mana destinasinya.. kan? Kita kat sini lebih kurang 1 setengah jam, cukup lah tu.. Lepas ni nak ke Genting Highlands pulak. Dah kata nak tenangkan minda dan jiwa yang serabut, so kenalah ke tempat yang sejuk.
Dipendekkan cerita, sampai Genting Highlands je terus check in di First World Hotel. Ramai yang tau, kita ni tak suka sejuk, tapi cuti punya pasal, who cares? Genting Highlands macam-macam ada.. Nak shopping ada, nak main games ada... tapi bab makan yang susah sikit untuk tekak yang macam kita ni.. Balik-balik Starbucks and mamak kat B5.. sejuk jangan cakap la...
Ramai yang cakap rugi datang Genting tapi tak main outdoor games.. mmmm... untuk kita ni cukuplah sekadar indoor games ya.. Gilos geng yang lain sempat la main flying coaster yang gile takut.. pelik.. tak rasa pening ke berpusing-pusing tu??
kuey tiaw goreng.. boleh tahan la.. harga RM10.90..
Sepanjang ada kat Genting, kita just indoor games je. 1 game RM8. Mahal gak. Kalau main banyak games dah berapa dah tu... Tapi okay la.. Seronok.. Naik roller coaster yang kat kat dalam First World Complex pun dah kecut perut inikan nak naik roller coaster kat luar tu...
Malam. Lepas lepak mamak kat B5. Aktiviti seterusnya tengok live band. Tom perform. Really superb.
Memang best tengok Tom nyanyi. Walaupun kontroversi yang pernah melanda Tom, kita tetap sokong Tom yang sememangnya berbakat. U go Tom!!
Sekian cerita Genting Highlands. Pastinya tinggal banyak kenangan kat sini. Tak tau bila lagi akan sampai sebab banyak lagi destinasi yang nak di tuju. Ke mana tu? Tunggu ye.. Doakan semuanya berjalan lancar. Insya Allah.
Tata ;)
No comments:
Post a Comment