2/17/2012

Panas KL ke Panas Pulau?

skang hujan panas kat area opiz kat Damansara. Apasal panas kat KL susah nak terima? Kalau panas kat Pulau tu ( tak perlu sebut pulau mana lah kan... ) confirm tak kisah.

ye. saya sangat gila dengan pulau. Nampak laut akan bertukar attitute menjadi yang sangat COOL! walaupun sememangnya sangat cool kan.

So apa yang nak diberitau, tengok picture pulau pun dah COOL!

Pulau Pangkor : Teluk Nipah.
Ada yang cakap pangkor tak best. Tapi tetap bersyukur denan keindahan alam semulajadi. Laut pada pandangan mata kita sangat menenangkan.

Pulau Perhentian.
Ada pulau perhentian kecil & perhentian besar. Bezanya, kalau sukakan suasana sunyi sepi di waktu malam baik bermalam kat perhentian besar. Kalau suka suasana meriah di waktu malam perhentian kecil sangat sesuai.

Pulau Redang.
Antara pulau terbaik yang kita dah sampai. Laut yang bertona biru. Tenang.

Pulau Langkawi dah banyak kali pegi tapi lautnya je belum diterokai.

Hujung April 2012, sekali akan sampai ke Perhentian. Insya Allah bulan Oktober 2012, akan ke KK, Sabah untuk ke Pulau Manukan, Gaya, Sapi.. Fuhhh..

Tak dapat bayangkan apa akan jadi dengan mata ini tanpa melihat laut sekali sekala, apa akan jadi dengan fikiran ini kalau tak jumpa laut.

Pegi pulau haruslah pegi snorkel, kira untuk yang takde lesen diving ler. Yang dah ada, snorkel ni dah tak pandang ye dok?

Wowwiweee.. mood pulau sudah mari. Dua bulan lagi.

2/02/2012

Hey Melaka!

Kat pintu masuk A Famosa : ada unta & gajah. Boleh round-round naik gajah & unta ni. Kalau tak silap RM20 untuk 20 minit..

Tah kenapa bila dekat je ngan unta ni rasa semacam.. terfikir macam kaki dia nak naik la, ape la kan...

Nampak tak price? Water World : Adult RM40 Child RM35.. Siap dapat lunch sekali. Ada 5 pilihan menu, ada nasi goreng kampung, nasi lauk kari ayam, nasi ayam.. Makanan not bad. Tapi......... kena beratoq panjang gileeeee...

Kita bayar RM40 untuk water world je, niat hati nak masuk Safari sekali, tapi tak jadi. Sebab main kat dalam water world pun dah penat.

Tengok Lazy River kat atas ni.. Bila dok atas tube mana tak lazy kan.. Lazy River ni dikatakan yang terpanjang diantara taman tema yang lain.

Kat belakang pokok kelapa tu ada Ombak Rindu.. :) hahah sape suka main ombak buatan aka gelombang memang sesuai la..




Day 2 kat Melaka, jalan-jalan kat Bandar Melaka. Tengok lah picture kat bawah ye..




Menara Tamingsari ; tak naik pun sebab gayat. Orang yang beratur nak naik pun boleh tahan. RM10 kalau nak naik.

Melaka River Cruise
Nak beli tiket kena beratur, nak naik cruise pun beratur gak :p


Cuti baru-baru ni, ke Melaka kita sampai. Day 1 ke A Famosa Water World. Tengok picture di atas ya. Not bad. Bayar masuk sekali dengan makan tapi pegi time raya cina adusssssss... semuanya kena beratur. Dari nak beli tiket, makan tengahari, nak masuk entrance semuanya beratur yang sangat panjang.

Melaka Bandaraya Bersejarah. Bangga tengok Melaka dah membangun. Sesiapa yang rasa nak cuti simple-simple Melaka adalah tempat yang paling best. Hotel jangan cakap lah. Kalau walk in insya allah ada kosong. Budget tu taklah besar mana. Setakat minyak, tol, makan, belanja masuk A Famosa Water World, hotel lebih kurang RM200 sorang. Okay la kan untuk 2 hari.

Memang seronok. Malam pergi makan kat Muara Sg Duyong. Terbaik.

Percutian yang best best best!