2/02/2012

Hey Melaka!

Kat pintu masuk A Famosa : ada unta & gajah. Boleh round-round naik gajah & unta ni. Kalau tak silap RM20 untuk 20 minit..

Tah kenapa bila dekat je ngan unta ni rasa semacam.. terfikir macam kaki dia nak naik la, ape la kan...

Nampak tak price? Water World : Adult RM40 Child RM35.. Siap dapat lunch sekali. Ada 5 pilihan menu, ada nasi goreng kampung, nasi lauk kari ayam, nasi ayam.. Makanan not bad. Tapi......... kena beratoq panjang gileeeee...

Kita bayar RM40 untuk water world je, niat hati nak masuk Safari sekali, tapi tak jadi. Sebab main kat dalam water world pun dah penat.

Tengok Lazy River kat atas ni.. Bila dok atas tube mana tak lazy kan.. Lazy River ni dikatakan yang terpanjang diantara taman tema yang lain.

Kat belakang pokok kelapa tu ada Ombak Rindu.. :) hahah sape suka main ombak buatan aka gelombang memang sesuai la..




Day 2 kat Melaka, jalan-jalan kat Bandar Melaka. Tengok lah picture kat bawah ye..




Menara Tamingsari ; tak naik pun sebab gayat. Orang yang beratur nak naik pun boleh tahan. RM10 kalau nak naik.

Melaka River Cruise
Nak beli tiket kena beratur, nak naik cruise pun beratur gak :p


Cuti baru-baru ni, ke Melaka kita sampai. Day 1 ke A Famosa Water World. Tengok picture di atas ya. Not bad. Bayar masuk sekali dengan makan tapi pegi time raya cina adusssssss... semuanya kena beratur. Dari nak beli tiket, makan tengahari, nak masuk entrance semuanya beratur yang sangat panjang.

Melaka Bandaraya Bersejarah. Bangga tengok Melaka dah membangun. Sesiapa yang rasa nak cuti simple-simple Melaka adalah tempat yang paling best. Hotel jangan cakap lah. Kalau walk in insya allah ada kosong. Budget tu taklah besar mana. Setakat minyak, tol, makan, belanja masuk A Famosa Water World, hotel lebih kurang RM200 sorang. Okay la kan untuk 2 hari.

Memang seronok. Malam pergi makan kat Muara Sg Duyong. Terbaik.

Percutian yang best best best!

No comments:

Post a Comment